Salam dan Hello kepada semua pembaca blog tidak kira di mana anda berada. Pertama-tamanya ingin saya perkenalkan diri kepada yang tidak atau kurang mengenali saya. Nama saya Muzzafar Zabidin. Saya adalah seorang manusia biasa yang boleh dikatakan pengguna komputer yang amat tegar (kira2 computer geek la dalam bahasa omputehnya) dan telah mula menggunakan komputer (IBM compatible) sejak pertengahan 80an sehinggalah sekarang.
Sebagai pengguna tegar terlalu banyak pengalaman yang telah ditempuh dan dilalui. Hakikatnya komputer merupakan satu alat yang DIANGGAP PADA AWALNYA untuk memudahkan seorang yang berjawatan jurutaip semata-mata untuk menaip surat. Namun lama kelamaan ia semakin meluas digunakan dan diterima sebagai satu alat yang memudahkan berbagai jenis kerja tidak kira seorang jurutaip atau pembantu tadbir (nama yang kelas sikit berbanding "kerani"), arkitek, grafik artis, editor video, doktor, angkasawan dan boleh dikatakan segala-galanya memerlukan peralatan dipanggil komputer.
Sekitar tahun 1993 - 1997 saya merupakan seorang pelajar kewartawanan dan pada masa ini penggunaan komputer sudah meluas. Bagaimanapun dunia Internet masih lagi muda pada ketika itu. Rasa minat yang mendalam menjadikan saya antara yang menggunakan Internet. Malahan apabila sebut sahaja Internet pada rakan-rakan berbagai feedback diterima.
Paling melucukan apabila seorang yang pernah berkerja di Jabatan Imigresen yang juga rakan sekelas UiTM luar kampus ketika itu menyatakan bahawa saya melakukan kerja-kerja bahaya kerana membaca dokumen-dokumen yang letaknya diseberang laut dan itu merupakan satu kesalahan. Saya tidak boleh lupa bagaimana lucunya persepsi rakan saya itu lebih-lebih lagi bila dia berkata "aku kerja imigresyen aku tau laa...". Gaya dia yang begitu tegas ketika itu menjadikan kawan-kawan lain tidak tahu nak kata apa. Maklum sahaja, apa itu Internet terlalu sangat asing bagi mereka.
Walau Internet begitu asing pada ketika itu tetapi saya telah menghasilkan artikel mengenai Internet dan berkemungkinan besar merupakan antara orang paling awal menulis mengenai Internet secara panjang lebar dalam pullout Berita Komputer untuk akhbar Berita Harian. Jika anda ada peluang dan mempunyai akses ke NST LOL (jika nama tersebut masih digunakan) cuba cari nama "Muzzafar Zabidin". Anda akan bertemu dengan artikel-artikel lama yang saya tulis itu.
Perlu saya nyatakan di sini apabila saya sebut "komputer" dalam semua penulisan dalam blog "CORAT-CORET DUNIA KOMPUTER" ia adalah bermaksud komputer yang ada screen ada kekotak CPU dan ada papan kekunci (keyboard) atau yang seumpama dengannya seperti Komputer Tablet atau/dan Telefon Pintar (Smartphone). Tidak kira ia perkakasan Serasi IBM (IBM Compatible) atau Apple/Mac atau apa jua perkakasan yang dipasang dengan pentas operasi DOS (apa jua versi) atau Windows (apa jua versi) atau Linux (dari apa jua distro) maupun juga perkakasan mudah alih yang menggunakan sistem operasi seperti Android dan sistem-sistem yang dipasang hanya pada telephone pintar misalnya Bada, Symbian dan yang seumpama dengannya. Kenapa saya terangkan semua ini? Ini kerana maksud atau definisi "komputer" adalah terlalu luas mencakupi apa jua peranti elektronik yang mempunyai rantaian chip-chip dan elektron yang tidak perlu diceritakan secara panjang lebar. Sekian.

No comments:
Post a Comment