Monday, April 23, 2012

Yahoo Messenger Android Kini Boleh Copy dan Paste

Salah satu masalah Yahoo Messenger versi Android sebelum ini ialah ketidakupayaan program tersebut untuk menyalin text (copy) dari setiap baris chat yang yang terpapar pada skrin. Biasanya ketika chat maklumat yang terpapar mungkin sesuatu yang boleh digunakan kembali untuk berbagai tujuan seperti untuk menyebarkan maklumat dengan tujuan untuk berkongsi dengan pengguna lain atau untuk disimpan dalam program simpanan nota sebagai rujukan pada masa akan datang.

Kini dengan kemaskini program terbaru Yahoo Messenger pengguna boleh menyalin teks-teks yang terpapar untuk tujuan yang telah disebutkan di atas. Dapatkan Yahoo Messenger terbaru dan rasai sendiri pengalaman tersebut. Saya baru sahaja update program Yahoo Messenger ke versi terbaru dan Yahoo Messenger kini sudah boleh diharap untuk kita menyalin teks-teks.

Setiap baris chat yang di send atau setiap baris yang di terima teks-teks akan dipisahkan oleh kekotak dan pada versi kali ini halakan sahaja sentuhan jari anda di dalam kekotak tersebut. Kekotak akan dihighlight dan akan tertera popup untuk copy. Sentuh copy dan keseluruhan teks yang dihighlight akan disalin ke dalam memori dan tersedia untuk diluahkan (paste) pada mana-mana program yang mampu menerima teks misalnya pada email atau pada program pengedit teks (text editor) dan lain-lain program yang boleh melakukan paste.

Sekiranya anda mengikuti blog ini menggunakan peranti Android Klik Di Sini untuk muat turun Yahoo Messenger Version Android.

Friday, April 20, 2012

1 Terabyte Besar Mana?

Seorang rakan di tempat kerja datang ke meja aku minta bantuan untuk scan satu dokumen yang akan digunakan untuk satu pembentangan. Untuk storan bahan yang discan dia membawa bersama satu storan external hardisk bersaiz 1 terabyte.

"Wow! 1 terabyte" Aku menunjukkan rasa teruja...

"Kenapa Encik Muz? Besar sangat ke 1 terabyte ni?" dia bertanya

"Ya besar...." aku jawab....

"Macam mana besarnya ya? Saya pun kurang arif benda-benda macam ni" dia mula menunjukkan rasa ingin tahu.....

"Begini...., katakan engkau bekerja setakat menulis surat dan jadikan storan 1 terabyte ni untuk simpan kerja-kerja kau, andaikata storage kau ni tak rosak-rosak, selama 30 tahun kau bekerja sampailah kau bersara, kau boleh guna benda alah ni dalam jangka waktu tu....." Aku mula start.....

"Eh banyak betul boleh simpan ya?" dia pun makin excited....

Aku sambung "Kalaulah misalnya kau dah bersara dan anak kau guna benda alah ni tanpa memadam kerja-kerja kau sehingga dia bersara, pun tak mustahil masih banyak lagi ruang. Dan entah-entah cucu kau pun boleh sambung lagi guna tanpa memadam kerja neneknya dan emak atau bapaknya. Malahan bila cucu kau bersara pun aku rasa banyak lagi space dalam tu......"

"Maaaaaaaaaaak aiiiiii besarnya benda alah ni........." dia benar-benar terkejut...

Saturday, April 7, 2012

Kelayakan Bercerita Dunia Komputer

Adakah saya ini seorang pakar komputer? Oh tidak samasekali. Saya bukan seorang pakar IT atau pakar komputer dan saya tiada background akademik atau kelulusan yang berkait rapat dengan IT dan bukan juga bekas graduan Computer Science atau Computer Engineering . Saya memegang Ijazah Komunikasi Massa dalam jurusan Kewartawanan. Pernah menulis mengenai hal-hal komputer dalam Berita Komputer pullout Berita Harian sekitar awal 90an dan sebagaimana yang telah diceritakan dalam posting Pengenalan.

Saya akui saya seorang pengguna komputer tegar selain dari mempunyai pengalaman-pengalaman selama beberapa tahun bekerja menggunakan komputer dan tahu dari perkara asas sehinggalah kepada perkara yang terlalu teknikal; dari pemasangan hardware komputer sehingga kepada pemasangan sistem operasi samada Windows atau Linux (distro Ubuntu) dan perisian-perisian yang boleh digunakan dalam kedua-dua sistem operasi tersebut. Tidak perlu dibincangkan pengetahuan saya mengenai pengetahuan asas dalam Windows seperti pemprosesan perkataan, perisian untuk pembentangan (presentation) dan Excel kerana itu kanak-kanak tadika pun mahir menggunakannya.

Saya mahir menggunakan perisian grafik terutama Paint Shop Pro untuk mengedit gambar-gambar berformat digital, berkebolehan menyunting video dan membuat special effect, tahu mengguna dan mengubah (walau tidak semua) kod-kod HTML dan PHP . Tahu apa dia "website biasa" dan website yang menggunakan CMS. Saya memiliki 11 (sebelas) domain website yang kesemuanya menggunakan CMS. Membina dan membangun laman web bagi saya adalah sebagai hobi. Sebab itu apabila bekerja dan walaupun jawatan yang saya pegang adalah penulis laman web saya lebih banyak membantu di dalam hal-hal teknikal dalam laman web itu sendiri tidak kira apa pun jua titik bengik kesulitan yang terdapat pada laman web itu.

Saya mengaku bagaimana tahu dan arif saya mengenai komputer namun perlu saya akui bahawa TIDAK SEMUA perkara-perkara berkaitan komputer yang saya tahu yang dapat saya ceritakan. Mungkin ada kesilapan dan kekurangan dan saya terima sebarang komen oleh mereka yang melayari web dan tersinggah di blog ini.

Apa yang cuba saya lakukan di blog ini sekadar untuk suka-suka atau syok sendiri namun sekiranya ia sesuatu yang bermenfaat dan berguna maka segala kebaikan itu datang dari Allah jua. Selain dari itu tujuan blog ini adalah untuk saya memulihkan sejenis sindrom penyakit yang melanda diri saya yang dikenali sebagai writers block iaitu ketidakupayaan untuk menulis oleh mereka yang profesyennya adalah menulis. Ya saya akui saya ini mungkin mengalami sindrom berkenaan kerana disebabkan oleh beberapa faktor yang akan saya ketengahkan kepada para pembaca blog ini kerana sindrom ini berkaitan dengan ketagihan saya terhadap komputer. Namun saya tidak akan ceritakan sederap sebagai satu kesah tetapi akan selitkan di mana-mana perlu.

Selain dari itu saya akan menulis dan bercerita mengenai berbagai pengalaman-pengalaman yang adakala menyeronokkan, adakala melucukan dan adakala ia penuh kehampaan dan tidak kurang juga yang menyedihkan. Saya sedar jika tidak kena pada caranya bercerita mengenai komputer dan dunia IT tentu akan mendatangkan kebosanan pada tahap yang sangat luar biasa kerana biasanya dalam dunia komputer kita akan tempuh berbagai jargon teknikal yang bagi sesetengah orang ia sesuatu yang sangat membosankan. Bagaimanapun bagi yang tahu ia merupakan satu dunia yang penuh dengan keseronokan bercampur sahutan terhadap apa jua cabaran yang kesudahannya adalah berbagai.

Dunia IT atau dunia perkomputeran satu dunia yang berkembang pesat, cepat, pantas dan drastik. Komputer yang kita anggap tercanggih hari ini mungkin akan menjadi teknologi yang ketinggalan (obselete) pada keesokannya malahan bukan beberapa hari, bukan beberapa jam kerana entahkan beberapa saat sahaja dari waktu blog ini ditulis atau beberapa saat sahaja anda habis membaca ayat ini satu teknologi baru akan terhasil.

Pada waktu blog ini ditulis saya menggunakan komputer laptop Celeron dengan sistem operasi Ubuntu sebagai pentas. Ianya salah satu dari varian atau istilah tepatnya distro Linux. Sebenarnya ada cerita disebalik kenapa saya menggunakan sistem operasi Linux. Adakah saya pengguna Linux yang tegar? Jika soalan itu ditanya kepada saya saya akan mengatakan tidak dan tidak samasekali kerana saya hanya seorang pengguna komputer yang mahu sesuatu itu terhasil tanpa mengira apa pentas sistem operasi sekalipun. Yang penting RESULT!

Corat-Coret Dunia Komputer - Pengenalan

Salam dan Hello kepada semua pembaca blog tidak kira di mana anda berada. Pertama-tamanya ingin saya perkenalkan diri kepada yang tidak atau kurang mengenali saya. Nama saya Muzzafar Zabidin. Saya adalah seorang manusia biasa yang boleh dikatakan pengguna komputer yang amat tegar (kira2 computer geek la dalam bahasa omputehnya) dan telah mula menggunakan komputer (IBM compatible) sejak pertengahan 80an sehinggalah sekarang.

Sebagai pengguna tegar terlalu banyak pengalaman yang telah ditempuh dan dilalui. Hakikatnya komputer merupakan satu alat yang DIANGGAP PADA AWALNYA untuk memudahkan seorang yang berjawatan jurutaip semata-mata untuk menaip surat. Namun lama kelamaan ia semakin meluas digunakan dan diterima sebagai satu alat yang memudahkan berbagai jenis kerja tidak kira seorang jurutaip atau pembantu tadbir (nama yang kelas sikit berbanding "kerani"), arkitek, grafik artis, editor video, doktor, angkasawan dan boleh dikatakan segala-galanya memerlukan peralatan dipanggil komputer.

Sekitar tahun 1993 - 1997 saya merupakan seorang pelajar kewartawanan dan pada masa ini penggunaan komputer sudah meluas. Bagaimanapun dunia Internet masih lagi muda pada ketika itu. Rasa minat yang mendalam menjadikan saya antara yang menggunakan Internet. Malahan apabila sebut sahaja Internet pada rakan-rakan berbagai feedback diterima.

Paling melucukan apabila seorang yang pernah berkerja di Jabatan Imigresen yang juga rakan sekelas UiTM luar kampus ketika itu menyatakan bahawa saya melakukan kerja-kerja bahaya kerana membaca dokumen-dokumen yang letaknya diseberang laut dan itu merupakan satu kesalahan. Saya tidak boleh lupa bagaimana lucunya persepsi rakan saya itu lebih-lebih lagi bila dia berkata "aku kerja imigresyen aku tau laa...". Gaya dia yang begitu tegas ketika itu menjadikan kawan-kawan lain tidak tahu nak kata apa. Maklum sahaja, apa itu Internet terlalu sangat asing bagi mereka.

Walau Internet begitu asing pada ketika itu tetapi saya telah menghasilkan artikel mengenai Internet dan berkemungkinan besar merupakan antara orang paling awal menulis mengenai Internet secara panjang lebar dalam pullout Berita Komputer untuk akhbar Berita Harian. Jika anda ada peluang dan mempunyai akses ke NST LOL (jika nama tersebut masih digunakan) cuba cari nama "Muzzafar Zabidin". Anda akan bertemu dengan artikel-artikel lama yang saya tulis itu.

Perlu saya nyatakan di sini apabila saya sebut "komputer" dalam semua penulisan dalam blog "CORAT-CORET DUNIA KOMPUTER" ia adalah bermaksud komputer yang ada screen ada kekotak CPU dan ada papan kekunci (keyboard) atau yang seumpama dengannya seperti Komputer Tablet atau/dan Telefon Pintar (Smartphone). Tidak kira ia perkakasan Serasi IBM (IBM Compatible) atau Apple/Mac atau apa jua perkakasan yang dipasang dengan pentas operasi DOS (apa jua versi) atau Windows (apa jua versi) atau Linux (dari apa jua distro) maupun juga perkakasan mudah alih yang menggunakan sistem operasi seperti Android dan sistem-sistem yang dipasang hanya pada telephone pintar misalnya Bada, Symbian dan yang seumpama dengannya. Kenapa saya terangkan semua ini? Ini kerana maksud atau definisi "komputer" adalah terlalu luas mencakupi apa jua peranti elektronik yang mempunyai rantaian chip-chip dan elektron yang tidak perlu diceritakan secara panjang lebar. Sekian.